meraba-raba lelaki semasa cuaca sejuk
September 12, 2008
Gila sejuk arini..time2 mcm ni xsepatutnya sejuk begini. dah la tiap2 ari kelas start kol 8.20.. bangun awal2, siap2 naek bas yg xpenah xpenuh…
OK. kat kelas hari ni saya belajar meraba-raba dada lelaki. bunyi mcm mengelikan tapi itulah yg saya buat. semua doktor baik laki atau pompuan ada lesen utk meraba-raba pesakit. semalam saya raba lelaki kurus, arini saya raba lelaki berisi yg ada buah dada.
oh lupa bagitau subjek apakah yang sangat tidak senonoh ini. kat sini orang panggil Internal Medicine. Lain tempat mungkin lain la namanya.. certain tempat diorg panggil Internal Disease ke something like dat la.
haha. tadi kamu dengar tajuk post ini mesti rasa sangat pelik. tapi bila dengar itu adalah sebahagian daripada pembelajaran dalam bidang perubatan yang sangat menyusahkan ini mesti dlm hati kamu ckp ‘ooo’. raba-meraba ni dalam istilah yang betol dipanggil ‘palpation’. saya xmau cakap byk pasal suma istilah2 perubatan dan apa benda yg saya buat dan blajar dalam kelas sebab mesti ini sangat membosankan.
erm..saya lama sudah tidak berblog. bukan saja2, tapi sebenarnya laptop saya ada masalah configurasi. dari awal saya balik sampai la sekarang pun belum boleh melayari internet. post saya ini dan yg sblm ini pun saya tulis dekat laptop kekasih saya di biliknya. itupun sekarang ini dia tengah pegi smbahyang jumaat dekat masjid, jadi barulah saya berani nak tulis banyak2 sikit.
kalau tak tau lagi, saya mmg slalu pegi bilik kekasih saya. kalau dengar mesti fikir pelik2, sebab typically, mana ada orang buat perangai macam ni.
itu lah orang yang tidak berada dalam situasi ini atau orang yang tidak berada di lingkungan dekat dengan orang2 yang berada di dalam situasi ini terutama sekali orang2 yang duduk di malaysia atau negara timur tengah yang sangat tinggi perbatasannya; mereka2 ini sering memandang jelek terhadap orang2 yang yang berada di situasi ini dan kawasan sekitarnya terutama sekali terhadap mereka2 yang tinggal di benua eropah atau amerika.
ini perkara biasa sebab orang yang tidak berada di situasi ini tidak ada gambaran yang jelas thadap benda2 sebegini. bila mendengar khabar si fulan slalu pegi bilik si fulan yang tidak sama jantina; otak mereka akan secara automatik berfikir tentang benda yang paling melampau sekali. mereka slalu akan membuat andaian yang negatif. ini lumrah. manusia sentiasa memikirkan benda negatif dahulu sebelum fikir benda positif.
saya bukan hendak cakap bahawa slalu pegi bilik lelaki mcm yang saya buat ini adalah benda yang betul atau baik. honestly, saya sering rasa ini tidak patut dibuat. tapi permulaannya memang begini, maka jadilah begini. kalau mula2 sejak berkawan dahulu tidak begini, tidaklah jadi begini. Tapi saya tidak rasa mau henti begini.
sebab semuanya sebenarnya terpulang pada persepsi masing2. . orang yang batasnya tinggi akan fikir saya memang sudah melampaui batas. orang2 yang batasnya sederhana macam saya, akan fikir benda ini tidak betul tapi tidak apa as long as tau jaga diri, dan tidak buat bukan2.. orang yang batasnya rendah,mcm kekasih, bagi mereka ini biasa saja n tidak salah. orang yang tidak berbatas pula xheran pun..
itulah bila ada blog sorang kawan tu cakap2 pasal hal ini memang kecoh la budak2 mesia kat nizhny. sebab masing2 ada persepsi masing2. ada suka, ada marah, ada benci, ada yang malas nak layan, dan ada yang fikir blog seumpama itu mmg tidak patut sebab tidak mendatangkan kebaikan malah memberi byk keburukan thadap warga melayu nizhny n si penulis blog itu sendiri(saya salah seorang dari mereka ini).
keburukan yang jelas adalah blog itu tidak mendatangkan kebaikan pun. orang yg tidak tinggal di sini mmg pandang jelek n fikir bukan2 pasal isu ini, bacalah komen2 dakat blog itu, memang boleh nampak. pastilah org yg komen itu komen sebab baca apa yg ditulis penulis iaitu persepsi dan pendapat si penulis, gambaran penulis tentang hal tersebut. tidak semestinya betul. dia pun manusia juga.
saya seorang yang memandang tinggi dan hormat kepada orang orang yang baik2 dan alim2 ini sebab saya belum dapat jadi mcm mereka lagi. jadi bila mereka buat perangai mcm ini hilanglah rasa hormat saya. dan saya yakin bukanlah saya seorang yg rasa begitu. jadi bukankah ini satu keburukan kepada si penulis blog itu?
mungkin dia tidak fikir begitu masa dia tulis. dia tidak fikir cara lain yang jauh lebih berkesan. cakaplah dgn mereka yang dimaksudkan itu. bukankah itu jauh lebih mulia dari meng’exaggerate’kan benda ini dekat semua orang. mmglah niat dia baik, tapi caranya sudah salah.
saya cakaplah dekat kekasih, menngenai penulis ini dan blognya. saya kata kat dia, encik ni tulis dalam blog kononnya dia boleh tolong kawenkan pasangan2 yg berkenaan, kalu dia tanya saya in-person mengenai benda yg sama, semestinya saya mahu. tapi dia tulis dalam blog dia,sapa mau kisah dah apa dia cakap?
kekasih saya gelak saja. dia memang malas nak layan encik itu, jadi dia mmg tiada komen. blog tu pun tak penah wujud bagi dia.
saya tidak sangka saya sudah tulis suma ini. tapi sudah penat2 saya tulis, bazir tenagalah kalau tidak publish.
saya tau benda ini sudah lama dah. saya bukanlah berniat mahu hidupkan semula api yang dah padam. dan saya tidak sekali2 berniat buruk kat encik penulis blog. saya cuma cakap bagi diri saya. blog itu tidak memberi kesan baik negatif atau positif pun kat saya, jauh sekali menjejaskan rutin hidup saya.



September 14, 2008 at 1:01 am
hehehe…
effa…
sy bdk brublaja gik dlm blog nih…
windu kamu juge… =)
September 14, 2008 at 11:37 am
Ngeh ngeh blog tersebut memang mengundang kontroversi…
September 17, 2008 at 5:22 am
salam ziarah dari bumi Dublin.. jemput2lah ke blog hamba..
September 17, 2008 at 11:13 pm
hi..terjumpa link blog ni kt blog qase..kawan saya..ermm nice entri..huhu..anyway..saya cube memahami ape yg nak disampaikn..tp mmg betul ape yg awk ckp..mmg org mlaysia..err melayu khususnya..ckp tinggi adab sopan..tp bila dah di bumi org..tmbh2 lg bile kawan utk bergantung amatlah kurang..jadi x salah rasanya..asalkn tahu menjaga diri..
September 21, 2008 at 11:52 pm
org blog itu memanglah begitu.
mungkin sebab terlalu baik.
abaikan saja.;)
September 22, 2008 at 12:44 pm
hihi…
memang dia officially telah saya abaikan…
September 24, 2008 at 5:08 pm
aha…i think i know which blog ur talking bout too…