Aku dan Kau. Kita berbeza.
November 10, 2008
topic pasal agama ini boleh kata topic yang best la. ada je yang nak baca. ada orang tak segan silunya tulis pasal betapa goyahnya pegangan dia dan tak kurang pula suka tulis pasal benda2 keagamaan yg secara tidak langsung menunjukkan betapa dia seorang yg kuat agama. ada yang tulis begitu sebab dia mmg hati ikhlas nak berdakwah. blog mcm tu kadang2 aku suka baca. ada yang tulis blog keagamaan ni pulak hanya nak meluahkan pemikiran skepticalnya dan kesempitan pemikirannya terhadap orang2 yang bukan sepertinya. blog mcm tu mmg aku pandang sebelah mata je.
tapi itulah. manusia ni memang berbeza2. dan banyak orang memang ada problem ngn orang lain kalau orang tu tak sama mcm dia. orang yg sama mcm dia, dia suka la. orang mcm tu bagi aku, mmg patut sedar dan fikir dalam2 dulu sebelum nak buat kesimpulan tentang orang lain. paling senang la kan, benda paling basic skali, fikir pasal background orang yg kau nak nilai tu.
aku bagi contoh mudah. diri aku sendiri.
aku bukan lahir di dalam keluarga orang yang bertudung labuh dan pergi ke surau sembahyang jemaah setiap hari. ibu bapa aku bukan jenis yang pukul anak2 jika sudah mencecah 10 tahun tapi belum tahu solat. tapi alhamdulillah aku lahir dalam keluarga yang pakai pakaian sopan dan sembahyang lima waktu. wpun ibu bapa aku tak pukul bila tidak solat, tapi mereka akan tegur jika tidak solat.
aku bukan lahir dalam lingkungan masyarakatnya suka hantar anak2 ke sekolah agama. aku tidak lahir dalam masyarakat yang sosialnya strictly dibataskan oleh pihak tertentu mcm kelantan. paling mudah, aku bukan berasal pun dari negeri yg majoritinya kaum melayu. tapi alhamdulillah aku lahir di dalam masyarakat yg hantar anak2 ke sekolah yg ajar pendidikan islam yg di waktu petangnya diwujudkan pula kelas PAFA. masyarakat melayu di tempat aku walaupun xramai, ramai lg yg masih punya adab dan moral serta ilmu agama yg cukup baik.
di rumah, aku ada belajar mengaji. wpun ibu bapa aku tak cukup ilmu nak mengajar agama, di sekolah, aku belajar. Alhamdulillah juga bapa aku adalah seorang guru besar jadi aku sentiasa rapat dengan cikgu2 sekolah aku. tidak ketinggalan ustaz dan ustazah yg majoritinya berasal dari kelantan, terengganu dan kedah. dari mereka, minda kanak2 aku telah terbuka utk memikirkan n men’digest’ ilmu2 agama yg diajar. dan di situ aku mula terapkan kat otak, apa yg aku boleh dan tidak boleh buat bila aku sudah besar nnt.
aku bukanlah dari keluarga yg telah didik anak2 amalkan solat dan tutup aurat dari kecil. bapa aku tak pernah suruhpun kami yg perempuan pakai tudung. baginya, bila anaknya dah besar, dia boleh fikir sendiri. itu cara dia; more educational daripada religious, more persuading daripada demanding. mak akupun mula pakai tudung bila aku darjah satu, dia xpernah paksa. hal solat pun sama. orang2 dari keluarga yg ‘beragama’ mesti sangat tidak setuju dengan cara dia. tapi caranya berkesan kat aku. waktu aku darjah 3, aku mula nekad, bila aku sudah akil baligh aku xnak tinggal solat dan mula pakai tudung. bukankah itu tanda kematangan akal aku tanpa paksaan masa itu? mujur aku period lambat, jadi aku byk enjoy smpai ptngahan form2. haha.
Aku juga bukan lahir dr keluarga yg membataskan pergaulan lelaki dan perempuan. sejak kecil aku tidur setilam sebantal dengan sepupu2 aku. bila sudah besar itu sudah jadi perkara biasa. dengan sepupu2 lelaki, sudah dianggap seperti abang dan adik sendiri. tidur sebilik bukan benda pelik. wpun ikut hukum agama bole kawen tp bila fikir pasal kawen ngn kazen rase mcm nak termuntah. serupa mcm kawen ngn abang sendiri. tambah lg abang aku slalu gak bawak kwn2 dia duduk kat rumah. sampai tidur2. hidup aku still jalan mcm biasa. xde la nak duduk terperap kat bilik n bila kuar kne pakai tudung. kalau pegi rumah kawan lelaki pun sama juga ceritanya. keluarga aku memang begitu. bukan seperti sesetengah orang yang bila balik kampung duduk serumah dgn keluarga pakcik n makcik atau bila sepupu dtg rumah, tiap masa kena pakai tudung.
ada keluarga yang memang forbid anak2nya dari bercinta. biasanya keluarga ini ibu bapa mereka berkahwin sebelum bercinta. dari keluarga inilah akan lahir orang2 yg skeptical terhadap pasangan yg bercinta sblm kawen. tapi aku lahir dalam keluarga yang tidak melarang tapi juga tidak menggalakkan anak2 mereka bercinta. ibu bapa aku pun bercinta dulu sebelum kahwin. alhamdullilah kekal sampai sekarang. kenapa tidak aku?
kalau sudah tahu background orang tu, kan lebih mudah n tepat penilaian kau terhadap orang lain? barulah boleh faham kenapa orang itu buat itu ini yang bagi kau memang tak boleh terima. kau boleh buat kesimpulan bahawa mereka dibesarkan di persekitaran yang jauh berbeza dangan kau. jadi their way of thinking and ur way of thinking jauh berbeza. salah bagi kau tak semestinya salah bagi aku.
contoh lagi aku bagi; paling senang, hukum bertudung. semua orang tahu itu wajib. tapi, 1) kau mungkin fikir semua perempuan mesti bertudung dan tudungnya mestilah labuh dan warnanya jangan meriah. 2) ada orang mungkin fikir, semua orang mesti bertudung, tp boleh bergaya dengannya xkira la warna apa pun. 3) ada orang fikir, ‘mesti pakai tudung sebab aku orang islam dan semua org pun pakai’ tp sembahyangnya tidak, nak ikut trend je (aku pernah jumpa orang mcm ni ok, ramai plak tu, jgn ckp aku reka2). 4) ada juga fikir bertudung itu wajib, tapi yg lebih penting rukun islam dan keimanan serta keikhlasan hati, nak pakai ke x. org yg xbertudung slalunya fikir begini, bukan sbb diorg xnak btudung, tp diorg nak tgu masa yg sesuai kot wallahualam, aku pun fikir mcmni kot, sbb tu aku bila aku rasa xnak pakai aku xpakai (cth: dlm hostel). tapi alhamdulillah bila keluar jalan2 n ke kelas aku pakai.
pemikiran masing2, semuanya memang berkait rapat dengan how u’ve been brought up and the environment where u’ve been brought up. zaman sekolah, kawan2 sebaya, pengalaman, tambah tolak kewarasan akal kau utk fikir baik buruk, hasilnya adalah diri kau sekarang. sebab itu aku boleh faham kenapa kau berfikiran sempit dan ‘robotic’. aku boleh faham bukan salah kau kau berfikiran begitu. aku boleh faham kenapa kau tak sama mcm aku. itu semua adalah outcome daripada cara kita dibesarkan serta persekitarannya.
kalau aku lahir dalam environment yang sama atau lebih kurang dengan kau, mungkin aku tak macam ni sekarang. mungkin aku macam kau. mungkin fikiran aku juga sesempit fikiran kau. atau mungkin juga aku jadi seorang yang beragama serta luas fikirannya. itu adalah yg terbaik, tetapi ada hikmahnya tuhan ciptakan aku seperti yg ada sekarang.



November 12, 2008 at 11:31 am
OMG.link me.