Cerita Hantu

November 17, 2008

ini kisah benar ok. aku tak tipu.

satu malam aku duduk lepak bilik kekasih. biasalah malam minggu. rumate aku lepak bilik ila, tengok movie seram.

dekat2 pukul 3, aku pun balik sebab mahu tidur. rumate belum pulang lagi. tak kisah pun. nanti dia baliklah. bukannya tak biasa. jadi aku yang sedang mengantok pun tido je la.

entah kol berapa, aku pun terbangun dengar tapak kaki rumate aku menuju ke katilnya. eh, dah balik rupanya dia. kenapa aku tak tersedar dia bukak pintu? sebab biasanya aku sedar kalau orang bukak tutup pintu sebab ada bunyi dan katil aku dekat dgn pintu. hmmm.. mungkin aku tak terbangun kot masa dia bukak pintu. aku keluarkan kepala dr comforter aku, tgk pintu. sebab aku tido mengadap pintu. rumate aku dah tutup pintu dah. aku tidak kisah. masuk balik dlm comforter dan nak sambung tidur.

aku dengar rumate aku duduk di katilnya, type2 something kat laptopnya (sebab dia slalu bukak laptop 24jam), cakap2 dgn diri sendiri apa ntah aku xphm, tarik comforter dia, baring kat bantalnya yg berharga rm100 tu, betul2 kan posisi dia, pastu type sms. ketak ketik ketak ketik bunyinya. lepas satu, satu dia type lagi.

biasalah tu, tiap2 malam pon dia buat mcm tu sebelum tidur. sms kekasih dia yg berada jauh di india. so aku tak heran la. malas nak layan, so aku berusaha sambung tidur balik. bila dah ngantok2 dan mahu tidur, hati aku curious dan tertanya2 rumate aku dah tidur ke belum.

dengan mamainya aku pun bangun dan toleh ke arah katil rumate aku….

jeng..jeng..jeng…..

apa yang aku nampak?

.

.

.

.

aku nampak katil rumate aku kemas je, macam bila aku balik tadi. tak ada tanda2 rumate aku pernah duduk apatah lagi baring2 dalam comforter dia. mmg kemas giler la..

aku terus jadi tidak keruan. terfikir2. abis tu bunyi yang aku dengar dengan sangat jelasnya tak sampai 5 minit tadi tu bunyi apa?????????

aku takut. tipu la kalau aku kata aku tak. kaki aku dan jari aku rasa sejuk2, dan telinga aku rasa panas. jantung aku tak yah pakai stethoscope pun aku bole dgr jelas S1 dan S2 dia. dalam keadaan mcm tu aku pun fikir apa yang terbaik perlu aku buat?

perlukah aku keluar dari bilik aku dan lari ke bilik kekasih aku dan duduk di situ sampai pagi? atau aku pergi ke bilik ila kejutkan rumate aku yg komfem tgh tido di sana supaya dia balik tido ngn aku? atau aku pergi bilik ila dan tido je skali ngan dia di sana?

tapi aku takut nak keluar dari comforter aku ni.

jadi, dengan sedikit doa dan keberanian yg aku cuba juga wujudkan dalam hati aku, aku pun cuba abaikan apa yg aku dengar dan lalui tadi, dan cuba tidur jugak. nasib baik boleh tidur.

pagi2 pukul 10 lbey kurang barulah rumate aku balik. kali ini aku dengar pintu dibuka dan ditutup. dan tapak kaki menuju katil. aku tau la itu betol2 rumate aku. takkan pukul 10 pagi pun hantu tu nak kacau aku kan?

aku pun bangunlah dan ceritakan kepada rumate aku. dia cakap mmg dia baru balik dan malam tu dia tak pernah balik pun.

kalaulah malam tu bila ‘rumate’ aku tu balik, aku bangun dan tengok dia, agaknya apa ek yg aku nampak? kalau dia menjelma sebagai rumate aku dan berborak dgn aku, itu ok lagi. tp kalau aku bgn dan dia menjelma menyerupai benda2 seram yg kita tgk dlm movie tu… aku tak tau la apa nak jadi dgn aku…

kalo korang, korang nak wat ape ek?

4 Respons kepada “Cerita Hantu”

  1. maal Berkata:

    i will die.

  2. kas Berkata:

    baca al-Mulk sblm tido. huhu lepas tu buat bodo.

  3. suzanne Berkata:

    eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee………………sgt scaryy!!

  4. mizdyanalabu Berkata:

    bukan aku tuh tauuuu… bukan….. adooooiiii


Tinggalkan jawapan