seLamat neW yeaR 2009

Januari 2, 2009

malam new year ada party kat hostel aku. mula2 aku rasa nak datang. sebab kekasih dan kawan-kawan aku perform lagu sebelum new year. yela.. band diorang dah semakin berjaya~ ada la orang invite buat performance…

tapi sejak beberapa hari ni aku stadi, non-intensively la. exam kan dah dekat… (cess..mcm xde life je aku) malam new year, kekasih dan kawan2 busy nak perform. aku dan geng2 pompuan tgk TV je, sambil bukak2 notes.. lol. ala, sama mcm kat mesia la… byk gak rancangan best2 yang channel russia ni sajikan sempena new year. dan aku pun malas nak pegi sebab suma girls mcm xde hati nak pegi. dan aku mau stadi.

bukan apa, aku ada problem dengan waktu stadi aku. siang2 aku jarang mau stadi. ye la, bangun pon dah zuhur…. bila masuk asar, tak boleh stadi… lepas tu aku masak2 dan makan2… lepas mandi, baru aku stadi.

problem aku adalah, aku hanya boleh stadi semaximumnya start dari pukul 12 hingga pukul5… sebab tu aku bangun lambat.. cess..

sekarang ni aku tengah membetulkan biological clock aku.

berbalik kat new year, nampaknya band tainted notes rakan-rakan aku telah mendapat sambutan yang sangat baik. suma orang sing along bersama2 diorang.. lagu yang diorang main malam tu, ‘we will rock you’ n ‘it’s my life’.

jadi mereka pon balik dengan muka gembira. dan aku pun dah habiskan topic virus yang aku baca… kalo aku pegi, kompem tak abis, kan…

whatever… azam aku sempena tahun baru ni; 1) aku nak stadi dengan intensive, xnak dah stadi sambil lewa..dah 3rd year dah pun…mana bole main2…  2) aku nak mengawal perbelanjaan. berjimat-cermat dan berbelanja dengan bijak (ceh, macam tiap thn je azam ni.. :lol: ) 3) aku nak menjadi orang yang lebih baik dari semua segi.

erm.. itu saja.

SelaMat taHun baRu 2009!!!

2 Respons kepada “seLamat neW yeaR 2009”

  1. syirfan Berkata:

    Salam tahun baru..

    Termasuk pulak blog ini.. tapi bila tengok sedang berada di Nizhny Novgorod, Russia, terus membacanya. Saya pernah kesana 2 tahun yang lalu menaiki keretapi dari moscow. Masih ingat lagi keunikan dan keindahan bandarnya.

    Adakah masjid baru Nizhny telah siap dibina?
    apa pun, selamat belajar…

    syirfan.wordpress.com

  2. farahhh Berkata:

    cuzzzy.epyyy new year!!


Tinggalkan jawapan