exam microbiology dah abis~ wee… seronoknya bila dah buat exam. akhirnya ada jugak ‘otl’ di buku zachot aku yang majoritinya ada banyak tulis ‘whore’ (ikot pronounciation ler.. ‘хор’ :lol: ) dan juga ‘udop’. nampaknya aku dah dapat menepis pendirian aku yang ‘malas nak layan..’ atau ‘asal lepas jadi laa…’ dan juga telah membuktikan aku ni masih lagi cerdik macam dulu..(refer post aku pernah jadi genius) tinggal nak stadi ke tak je.. atau nak confident ke tak je masa nak jawab… coz sebelum ni aku dpt 4 atau 3 pon sebab;

  1. aku malas nak layan stadi subjek2 yang tak apply dalam medic dan hidup aku (cth: philosophy) dan subjek yang sudah banyak kali dipelajari dan dinilai di malaysia zaman SPM dan KUTPM dulu (cth: physics, bio, chemistry)
  2. aku tak bersemangat nak exam… selalunya disebabkan faktor2 persekitaran dan personal. (cth: weather, rakan-rakan, emosi)
  3. paling selalu.. aku gugup masa nak jawab exam. aku memang ada masalah nak berdepan dengan examiner.. otak aku akan jadi blank dan aku self-esteem aku sangat low.. aku akan jawab terketar-ketar atau tergagap-gagap… aku rasa kalau aku sendiri jadi examiner pon aku tak ingin nak bagi 5 kat aku.. hahaa..

jadi, sejak sem lepas aku dah berazam nak membaiki kelemahan2 aku ni. berjaya la kot.. tp tak jugak.. sebab macam suma student yg dok kat russia ni sedia tau (yang tak dok kat russia, nak bagitau la ni..), exam di negara ini banyak bergantung kepada nasib semata-mata… banyak faktor yang mempengaruhi markah2 kita.. cthnya mcm mood examiner, ticket(exam paper) yang kita dapat, rapat atau tidak kita dengan examiner tu (tu yang si pengampu dan pengipas bontot senang giler dpt 5), komunikasi antara examiner n examinee dan sebagainya…

macam microb ni aku rasa nasib la jugak kot. suma extra question yang ditanya aku bole jawab dengan mantapnya.. cheewah… ada orang yang jawab lengkap je suma, tapi satu extra question dia takleh cakap, dapat lah 4 je. ada orang buat dengan examiner lain, lengkap laju dan lancarnya tanpa cacat cela pon dapat 4 jugak.. tu pon nasib je jugak tu… aku pon penah gak rasa mcm tu… tula asam garam kehidupan ddk kat russia ni…

lepas exam, aku, yana dan ila gi mcD bersama2 dengan seronoknya… best la sebab dah settle exam dan cuti dah mula..jadi ini masa untuk having fun.. tapi kelakar giler coz kitorang pakai baju sama kaler (merah mak ngah) tapi ktorg tak perasan pon… dah abis suma makanan2 kitorg, baru dyana perasan. no wonder ramai je ruski yg lalu lalang jeling2 kitorg…  baru rasa malu. macam uniform je… hahaha… :lol: knape tah hari ni suma org pakai baju merah??

hurm… lagi 16 hari aku a dan rakan2 akan pergi melancong ke ITALY!!! sangat tidak sabar~ tapi aku risau la dgn financial aku ni… aku kena berjimat cermat dengan lebih intensive lepas ni.

anyway… aku tak bole hepi sangat sbb aku baru abis satu exam untuk sem 1 ni. sem depan lagi mencabar. ada 5 paper. semua subjek berat2 belaka; anatomical pathology, physiological pathalogy, internal medicine, surgery, pharmagology… pecah kot kepala aku sem lepas.. tambah2 dengan kegembiraan nak balik malaysia lagi.. cuaca yang riang ria lagi.. banyaknya distraction… huhuhu… sampai aku grad summer 2012  nanti ada lagi lebey kurang 30 exam kot… aku kena cekal!!

kejap lagi aku dan roomie akan mengubah configuration perabot bilik lagi. ini seperti dah menjadi rutin kami selepas abis exam. hahaha. nanti aku post satu entri pasal ini..

aku sedang mencuba untuk memeriahkan blog aku ni. wpon aku tak bole wat banyak coz theme wordpress ni sangat terhad.. but aku tengah cuba la ni.. aku bosan kalo tak ada perubahan…

see what i’ve found!!! at the top of my side bar —–> gambar cappucino & chocolate yang sangat comel… color pink (which is my fav color) and heart-shaped chocolate (schweet~ :) ) i really love it!! it brighten my blog n my heart! ;)

dan aku akan cuba mengupdate blog sekerap mungkin. aku kesian kat dia kalo tak terupdate… macam aku telah abaikan dia je…

3 Respons kepada “byebye exam… cuti dah bermula~”

  1. ileena Berkata:

    italy!italy!hahaha.

  2. tina Berkata:

    oh efaaa
    aku mau ikottttt
    aku dah spotcek jaket berbulu2 untuk aku g cnun.
    wakakakaka!

  3. coconotty Berkata:

    yess!! italy!! ;)

    hahaa..jom la ikot!!


Tinggalkan jawapan