aktiviti masa cuti di musim winter kat russia…
Januari 22, 2009
well, ok. aku telah mengabaikan blog lagi. tp bukan salah aku. internet connection buat masalah lagi. dan aku tak ada kredit. aku kan sedang berjimat. ni pun baru je topup lagi sikit. jimat la sangat… huhu.
ini kegiatan aku di musim cuti winter ni;
aku mulakan dengan kegiatan hari2. aku belum boleh mengubah waktu tidur aku. jadi macam nenek kebayan, “siang mengantuk, malam berjaga”. aku pon layankan saja. malam2 (or we should say pagi2) aku balik tidur pukul 4-6am. aku tgh ‘cuti’ so aku tak fikir pasal solat (‘cuti’ aku dah nak abes dah ni mungkin aku betul2 perlu mengubah waktu tido aku). anyway, aku bangun dalam lingkungan pukul 2-4.30pm. aku tau, sungguh kurang sopan. aku mandi dan makan. masak kadang2. dan tengok muvie n series brsama kekasih dan/atau kawan2 lelaki atau kawan2 perempuan. pendek kata, mmg waktu2 cuti aku dibazirkan dgn menonton movies n series ataupun main game2 bodoh seperti tumble bugs, solitaire, etc. dan memang zaman2 cuti winter ini amat bosan. nak kuar pun malas sbb sejuk. baik gi tido. hahaha.
pada 15hb Januari, aku dan rakan2 menyambut bday ila in advance (spttnya bday dia 19hb). sbb budak2 mara xsmpat nak smbt bday dia coz dat tym mereka sudah bertolak ke Berlin. kami pergi ke Mir Pitzi di gorkova. best la that party. suma org pon hepi dpt makan pizza yg sedap dan panas. suhu hari tu tak sejuk pon.. -4c je.. suhu yg seswai utk skating. jadi lepas tu kami pon PEGI SKATING!!! best gler. last time aku gi skating tyme winter 1st year. ktorg tak tau pasal weather masa ktorg pegi, n hari tu suhu -18c… sejuk giler… abis jari kaki dan tangan jadi kebas. tp kali ni suhu sgt best n kami pon berskating dgn seronoknya. aku menyesal plak pakai scarf coz aku rasa panas gler bila skate. tp aku layankan je.. ini gambar2;

yuhuuu~ kami main di stadium yg 'open-air' jadi salji pon membanjiri ais dan menyebabkan skating menjadi susah utk novice spt kami.

main keretapi dan menyebabkan russians pon memandang dgn pandangan pelik

bajet-bajet figure skater la kununya
oh ya, bila aku tengah bangun dan aku malas nak layan muvi atau series bsama kekasih atau kekasih pergi ke bilik encik zaid utk menonton perlawanan bola sepak, aku menghabiskan masa di bilik ila. kitorg buat puzzle 2000 pieces. mula2 just zahed, ila n yana yg bsemangat. ntah mcm mane aku pon melekat skali. jadi bila ada masa aku pun mencekalkan diri melengkapkan puzzle tu. dah siap dah 2 hari lepas (mengambil tempoh seminggu lebih). berkat usaha kami semua. congrates utk semua. but the bad news is, xde benda dah nak mengisi masa lapang kami yg bgitu byk ni. nnt kalo ade la, aku postkan gambarnya.
sempena aku dan rakan2 nak ke italy ni, bmula semalam, aku habiskan masa wat research pasal bandar2 yg kami bakal pergi di sana. kejap lagi lepas aku postkan ini, aku buat lagi. penat gak la cari info. n tu pon blom tentu reliable lagi. tp itulah, kene berusaha sedaya upaya..
hurm… cakap pasal italy dan travel, aku sedih dan kecil hati tadi bila ada seorang kenalan ni ym aku, dan cakap pasal ini. dia kata, budak dok oversea sgt wealthy. aku mmg tidak suka org ckp mcm tu sbb bagi aku opinion itu sangat superficial. macam org puteh kata ‘judging book by its cover’. bagi aku opinion ini tidak boleh pakai langsung. aku tau aku budak scholar yg dpt duit dr kerajaan. kalo ikut nilai kat mesia mmg duit yg kerajaan bagi tu nampak banyak giler. tp kene tau jugak, diorg tetapkan elaun tu stelah survey dulu kos sara diri kat sesuatu tpt tu. so basically duit itu cukup2 atau lebih sikit untuk menampung hidup seorang pelajar. aku dpt usd1500 usd utk 3 bulan. mmg nampak byk, tp fikir balik, utk org mcm aku yg bgantung sePENUHnya kat duit scholar (student yg ada bantuan fama dan keluarga tu lain cerita la), duit itu je la yg kene kumpul utk beli buku2 medic(yg bkn murah pon), bayar duit hostel yg makin bertambah tiap2 thn, keperluan hidup (makanan, baju2 etc), tiket balik malaysia yg pon makin btambah paling kurang rm4000 dah skrg, dan lain2 pk sendiri.
aku tak nafikan aku jenis yg byk enjoy. aku suka shopping. aku suka menghepikan diri aku. aku tak suka dok diam2 stadi kat bilik 24 jam dan dudok mcm tak ada hala tuju di waktu winter russia yg sejuk ni. aku suka travelling. impian aku dari kecik nak travel satu dunia mcm ian wright dlm lonely planet. sekarang dok dekat europe rugi ape kalo tak jalan 1-2 tpt. demi memenuhi kegemaran2 aku ni, aku meminimumkan keperluan hidup aku. aku jimat makan sume… bkn senang2 nak travel mane2 seperti yg di’claimed’ oleh encik yg berym ngn aku tu tadi… bak kate org puteh “no pain, no gain”..
itu saja perkembangan cuti winter aku di russia. sekian, terima kasih.


