cakap sana, cakap sini~
April 3, 2009
Cycle
aku sekarang tengah cycle break!! yeah!! cuti lebih kurang 11 hari.. ni baru 2 hari cuti aku sudah tak tau nak buat apa… aku cadang nak buat projek pharmacology aku, tapi entah la, aku tak sentuh pun lagi.. aku juga kena study untuk surgery sebab cycle lepas ini surgery dan aku cadang mahu awalkan exam surgery.. tapi bahan-bahan study belum sampai kat aku lagi la.. sebab tukang photostatnya duduk di hostel lain, jadi bila sudah cuti, masing-masing tak mahu keluar bilik…
Futsal
well, i finally joined the team after being dormant for almost 3 years.. hurm.. baru ada rasa puas sebab akhirnya aku join juga…tapi takut jugak sebab tahun ni memang mostly muka-muka baru yg tak pernah ada experience main utk wakil universiti… tahun lepas aku ingin main tapi tak jadi sebab tak ada orang mau teman, tak mahu pergi training sorang-sorang je bersama budak batch lain yang aku tidak familiar sangat… dari 1st year aku ajak anna main ngan aku tapi dia taknak, akhirnya thn ni dia nak jugak. lagi best sebab dyana n zahed pon join sama.. aku pun suka hati..
Good luck for Volgo Games!!
Weather
merungut pasal weather, memang tak baik, sebab seolah-olah macam merungut pasal apa yang Tuhan bagi kita, tapi hari ini sudah 3 april, tapi salji macam tidak mahu cair… nasib baik hari ini cuaca elok je.. semalam angin kuat dan snow turun besar-besar… di tempat 4 musim lain orang sudah boleh pakai spring dress tapi di sini kami masih pakai winter coat tebal… harap-harap lepas hari ini, cuaca jadi panas..
Elektrik
semalam dari pukul 10lebih pagi sampai pukul 1pagi ini kawasan medical academy ini tiada bekalan elektrik.. memang sangat seksa sebab dekat sini boleh kata elektriklah segala-galanya.. bila elektrik tiada, kami kegelapan, kami kelaparan; tidak boleh masak sebab sini hanya guna elektrik stoves, kami tidak boleh belajar sebab gelap, kami kesejukan sebab heater pun guna elektrik, kami kebosanan sebab semua entertainment seperti internet, TV, etc memerlukan elektrik. ramai orang keluar dari hostel makan kat luar, ramai jugak pegi order pizza. ketiadaan electrik memang sangat menyusahkan!!
Summer practical
Belum tahu lagi boleh buat di malaysia atau wajib buat di sini~ BODOH!!! MMC dengan dean office memang sangat suka menyusahkan orang! masalah utama aku, tidak boleh beli ticket balik malaysia lagi. dan summer practical di sini bagi aku sangat dan sungguh tidak relevan. sebab sini ada masalah bahasa yang sangat melampau, hospital dia sangat takbest tak macam kat malaysia, dan jarang boleh buat apa-apa pun!! dan, fikirlah balik, macam mana diorang mahu campak hampir 60 orang 3rd year malaysian students di hospital GUVD yang kecik dengan koridornya yang amat claustrophobic tu?? bila gabung 2 kelas(12orang) masa cycle internal medicine pun dah macam tak cukup ruang.. belum cakap pasal budak-budak year lain di hospital lain.
lagi pun sudah ada extra practical buat di hospital2 kat sini, tak payah la nak buat summer practical kat sini dah!! balik malaysia la weh!! kita nak kerja kat malaysia, bukan kat russia!! kat hospital malaysia, boelh buat macam-macam!! sapa kata kat msia doktor dia tak bagi buat apa-apa kalau ikut pengalaman diorang, aku suggest diorang tukar buat kat hospital lain. sebab masa aku buat nursing dulu, aku exposed dengan banyak benda..
argh.. bedebah betol la MMC dan dean office ni!! kununnya MMC cakap kalau tak buat dekat summer practical kat russia kita sangat rugi, aku suggest orang-orang MMC sendiri la try buat practical kat sini..baru mereka tau. masa cycle pun sentiasa pegi hospital kat russia, aku rasa, masa summer tak perlu dah nak jejak kaki kat situ lagi…
eh, teremo plak. loL~


