Hectic

Jun 8, 2009

Sejak belakangan ini memang hectic. Makan tidur sudah tidak betul semua. Ini baru permulaan. Ada satu bulan yang panjang lagi perlu ditempuh. Bulan Exam. Stadi sampai tidak layan segala.  Oh, hari itu Dinnie SMS tanya aku free atau tidak, aku tidak perasan SMS itu. Bila aku baca, sudah lewat, aku tidak balas. Maaf ya. Kalau mahu tahu jawapannya sudah tentu tidak. Nanti bila habis semua exam baru la free.

Exam Pathological Physiology, eh. Physiological Pathology mana-manalah – ESOK. Hari tu aku cakap nak buat 4hb tapi cikgu tak bagi. Doakan aku jawab elok semua. Minggu depan Internal Medicine pula. Sekarang ini, curi masa tulis blog bagi hati rasa lapang sikit. Baru boleh sambung belajar.

Belajar Medic, tak ada siapa-siapa cakap senang…

Tinggalkan jawapan