Kenapa mau kecoh-kecoh pasal Micheal Jackson itu mati Islam ke tidak? Macam mana dia dikebumikan? Di mana dia dikebumikan? Siapa bapak anak dia sebenarnya? Siapa akan jaga anak-anak dia? Itu semua biar Tuhan saja yang tahu. Tapi kenapa masih tidak puas hati? Sibuk nak tayang di TV sampai aku fed-up!

Apa salahnya sebut selsema babi itu SELSEMA BABI? Sebab kamu makan babi jadi kamu rasa tidak selesa sebut selsema itu selsema babi? Selsema burung dulu orang panggil juga selsema burung, bukan A, H1N5! Semua orang boleh makan burung, tidak ada masalah pun! Ayam itu sejenis burung, OK? Orang di barat pun sebut SWINE FLU, diorang makan babi lagi banyak, diorang tidak kisah pun sebut swine flu. Kenapa nak susahkan majoriti orang Malaysia dengan panggil selsema babi itu A, H1N1? Kenapa tidak terus sebut Orthomyxovirus (Influenza) type (species) A, strain (subtype) H1N1.. amik kau! Nama penuh terus.. Media pun sama, pegi ikut juga.

Apa yang sangat istimewa dengan angka 1 dan 11 yang diwar-warkan oleh PM sempena 100 hari kepimpinan dia itu? Somehow the idea of including number 1 or 11 itu sangat ‘lame’. 11 hadiahlah. 1Malaysialah, 11Julailah.. whateverla. Sungguh lame. Tapi suka hati dialah.

Borneo’s Cultural Festival in Sibu. Tak CULTURAL pun! Macam fun fair + uptown + pasar malam + pameran. Kecuali Persembahan Penutupan itu saja yang kena dengan perkataan ‘cultural’. Tapi OKlah sebab BCF itu sangat mendapat sambutan walaupun buat setahun sekali. Seronok jugak dapat berhibur. Cuma lain kali jangan aturkan tempat kedai makan dekat sebelah tempat sampah. Sungguh tidak hygienic! Bila angin bertiup harum semerbak bau sampah.

Bukan kahwin saja boleh cerai dan rujuk! Sekarang parti politik pun boleh cerai dan rujuk. Menarik sungguh. Bila dengar pasal itu di TV, hati rasa tercuit dan bibir tersenyum. Sebab bagi aku itu sedikit lucu. Tapi aku rasa jika sudah tidak sama matlamat politik, baik cerai talak tiga sajalah. Bila sudah tidak sehaluan susah untuk bersama.

Itu saja. Aku sudah habis idea. Sudah tidak dapat recall apa-apa yang menarik yang berlaku sepanjang aku berada di Malaysia. Check out.

2 Respons kepada “Sedikit Isu Semasa Di Sudut Pandangan Aku.”

  1. Mak Teh Berkata:

    whoa…berapi gitu…kenapa marah2 ni,nanti cepat kerepot tau,senyum2 selalu,yg dah come,akan bertambah come…bila nak balik ke Nizhny tu..

  2. kas Berkata:

    haha.. i love it when you say it out loud babe..

    its like “ouh, thanks God, somebody realise this craziness”

    the media happen to lead people thought, and ended up, cant they (malaysian)think for themselves?

    last not least, welcome back!


Tinggalkan Jawapan