Terkilan

Disember 14, 2010

So dah macam 3 tahun cerita karut yang disebarkan oleh perempuan tak malu itu circulate dalam ‘circle of friends’ korang barulah nak cerita?

Kalau bukan sebab korang gaduh besar pasal hal yang menggegarkan NNSMA itu, tak akan sampailah cerita itu kat telinga aku. Mungkin sampai bila pun aku tak tahu cerita.

Yalah, kan korang ‘macam’ BFF – best friends forever. BFF kan saling percaya-mempercayai. Tak fikir logic atau rasional, maka percaya buta-buta apa ‘kawan’ tu cakap.

Kalau fikir sedikit logik, mungkin boleh sedar something wrong somewhere dari cerita itu. Mungkin. Tapi mungkin tidak.

Tapi sebab korang ‘macam’ berkawan baik dan asyik berkepit together, apa yang dia cakap adalah benar di mata korang. Jadi korang bercerita. Dan bercerita.

Dan bila nampak aku, entah apa yang korang fikir? Aku tak boleh nak imagine.

Dan bila nampak lelaki itu, apa pulaklah korang kutuk dalam hati?

Dan bila tengok kami gembira bersama, apalah agaknya yang bermonolog di hati dan mulut korang?

Aku tidak sanggup nak teka siapa lagilah yang korang ceritakan pasal hal hasil karutan perempuan itu. Korang kan satellite. Korang receive and transmit. Mungkin ada tambah sedikit garam dan gula. Mungkin. Aku tak mahu berburuk sangka, aku harap ada juga cerita yang di’receive’ tidak di’transmit’kan. Entahlah.

Tak. Bukan sebab baru sekarang aku tahu. Bukan aku marah. Aku cuma sangat-sangat terkilan. Tapi bukan boleh buat apa-apa. The damage is done.

Cerita itu tetap telah ter’circulate’. Dan aku yakin sebahagian besar (kalau tak semua) orang yang dapat tahu cerita itu telah percaya bulat-bulat (dan masih percaya).

Dan kalau sekarang orang baru tahu perangai sebenar perempuan itu, atau kalau orang baru nak sedar cerita itu tak betul, it did not change anything. If one thing changed, itu adalah me knowing about it.

Jangan salah faham. Ini bukan pasal korang. Aku memang tak nak terlibat dengan hal korang tu. Ini pasal aku.

In a way, aku sangat-sangat bersyukur jugaklah sebab aku baru tahu sekarang. Sekarang, bila kami sangat stable. Sekarang, bila aku dan dia sudah lama bersama. Sekarang, bila aku sudah faham dan kenal dia dan keluarga dia. Sekarang, bila aku boleh berfikir dengan rasional dan tenang dan tidak terburu-buru. Sekarang, bukan 3 tahun lepas.

Sebab kalau aku tahu 3 tahun lepas, things wouldn’t be the same. Sebab 3 tahun lepas aku tidak stable, tidak boleh berfikir secara rasional, tidak kenal dan tidak langsung percaya dia. Dan 3 tahun lepas, aku insecure dan emosi aku sangat bercelaru. Ya, kalau 3 tahun lepas aku tahu, most probably I would believe and things would get really ugly.

Jadi terima kasih sebab baru sekarang exposekan aku dengan cerita delusional perempuan itu.

Cumanya aku sangat curious – yang korang cakap pasal 4 kali dia buat hal itu, termasuk ini ke??

2 Respons kepada “Terkilan”

  1. Tina Jo Berkata:

    alahai. masih juak pasal ppuan ya ka?


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.