Al-fatihah untuk sahabatku Fatimatussolehah yg kembali ke rahmatullah pada 13 october lepas. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah.

Many things happened in between this post and the previous one. Just didn’t have time and i really really lazy to topup my internet account. I haven’t buy the unlimited internet yet. maybe next week. This week I’ll be tremendously buzy~ sigh~

Next Tuesday.. I mean the Tuesday after this Tuesday, I’ll be sitting for Operative Surgery exam. It’s cycle exam. Meaning only my group and another group will be taking it. I’m having a very hard time studying cause everybody else including kekasih is having normal cycle without the stress of exam. I hate it! I need exam tension so i can study in an optimal speed.

Coz sekarang ini aku mengalami “study lag”. Aku baca satu topic pun ambil masa more than 2 hours. I really need something to boost up my study momentum. Kalau tidak masa exam aku akan mati!

Adoii~

Dah.. aku dah tade mood nak tulis pape daa~

Esok nak wat appendectomy! hee~

okay, untuk birthday aku, aku nak internet unlimited! skylink! skylink!! hehee~ aku ada satu tabiat yang best iaitu tiap tahun aku suka bagi hadiah birthday kat diri sendiri..

dari darjah 6 aku start bagi hadiah kat diri sendiri.. best taw.. at least some how u know that u are getting something~ (even if it is from urself).. bukan sebab tade orang nak bagi.. tapi aku rasa seronok bagi hadiah kat diri sendiri.. aku ingat mase darjah 6 aku beli wallet winny the pooh utk diri sendiri (padahal mak yang bayarkan~ haha)

it’s good, u noe, coz u get the pleasure of giving present to ppl and also the pleasure of accepting it. u shud try. anyways, am i really 22?? coz i dun feel like it.

pediatrics cycle already finished last week! but funny thing, that the last day of the cycle, i genuinely thought that i actually love it.. now, it’s obstetrics! and i really really like it. i already imagining myself being a cool obstetrician.. haha.. just my imagination la. but who knows lah kan?

still i have my own target for my future. hee~  i wanna be *tut* and be able t0 *tut* at a *tut*. be a great *tut* and do some *tut*, get a *tut* and become a *tut* at a *tut* but still be able to practice in a hospital.. haha.. secret ambition. if i tell the whole world it might not come true.. superstitious me.

apa-apa lah…  nanak fikir apa2 dulu.. abis blaja dulu.. get my medical degree~ weeee… Dayang Haniffa binti Abang Hashim MD – in 2 years time. (ape la yg best sgt aku sendiri pon xpaham, tapi bila pk pasal ni aku jadi excited tak bersebab).

me and my groupmates planned to have a makan-makan tomorrow. so looking foward for that. and maybe today i’m going to tinkoff with my kekasih and some friends.. still planning lah.

Happy birthday Me!!

Hectic

Jun 8, 2009

Sejak belakangan ini memang hectic. Makan tidur sudah tidak betul semua. Ini baru permulaan. Ada satu bulan yang panjang lagi perlu ditempuh. Bulan Exam. Stadi sampai tidak layan segala.  Oh, hari itu Dinnie SMS tanya aku free atau tidak, aku tidak perasan SMS itu. Bila aku baca, sudah lewat, aku tidak balas. Maaf ya. Kalau mahu tahu jawapannya sudah tentu tidak. Nanti bila habis semua exam baru la free.

Exam Pathological Physiology, eh. Physiological Pathology mana-manalah – ESOK. Hari tu aku cakap nak buat 4hb tapi cikgu tak bagi. Doakan aku jawab elok semua. Minggu depan Internal Medicine pula. Sekarang ini, curi masa tulis blog bagi hati rasa lapang sikit. Baru boleh sambung belajar.

Belajar Medic, tak ada siapa-siapa cakap senang…

poyo je effa.. baru satu exam settle..

ada 4 lagi.. dan sumenye susah tahap membunuh…

next, path. physiology… 5/6 kot…

esok baru start stadi coz  skrg masih weekend mode~

still pk2 mau letak pharmacology kat mana..

ade dua exam yg date nya fixed;

+ internal medicine – 15/6

+ path. anat – 30/6

hurm.. pharmaco tu wat tym dah abis int. med kot..

Time to get Serious

Mei 18, 2009

BtoL2 la dis tiMe…

Serious Effa! Serious!!

Adoii~

hari ini. berlangsung dengan jayanya!

IMG_3455

IMG_3463

IMG_3466

IMG_3476

IMG_3479

IMG_3483

IMG_3511

IMG_3543

IMG_3546

THE FAMILY. from the front anti-clockwise; fitri, najmie, syrrun, dyana, syikin, jemm, halim, azry, bear, syahir, eiFFa~

Perut pun kenyang, hati pun senang~

here’s some quick update/ short post~

1. Aussie trip!!

Me going to australia this summer!!! InsyaAllah.. hurm..well of course it’s winter/spring there that time. Salwa Adila, can’t wait to see u!!! we have a LOT to update about each other. and i can’t wait for u to belanja me makan that whole week!!

KL-Perth; Wed 05 Aug 2009, 0005 hrs
Perth-KL; Wed 12 Aug 2009, 0650 hrs

can u believe i bought the round ticket for only RM732??

any1 want to ikut me to aussie??

2) Malaysia~

(well, i shud’nt be happy yet considering i have 5 exams coming soon~)

but i already paid the ticket. most probably i’ll be back on 5th july. but my friend want to change the date sooner, maybe on 2rd of july. not that i care much about it. i just wanna be home in summer.

going back to russia on 31st august. independence day. last two year we celebrated it in KLIA; last year we celebrated it here in nizhny. no big deal.

3) Volgames’09

We got bronze, the female futsal team i mean.. and volgograd is a very beautiful city. i wish i can go there again and take picture at the HUGE Mamaev Kurgan.. so sad la coz xsempat take picture… lots of thgs happened but im not as rajin as b4 to write it all here.

Cuti lagi!! Sempena birthday Hitler, hooligans & skinhead russia, akan keluar berkumpul beramai2, dan ada kebarangkalian yang tinggi akan mencederakan mana-mana orang asing yg mereka jumpa.. so Dean Office beri arahan utk cancel classes yg ada di luar compound academy and advised foreign students not to go outside on 20th 21st April.

Kenapa hooligans & skinheads ni nak bash foreigners??

Apparently there’s a slogan’ “Russia for Russians”. If you want to know more about the slogan you can click here. And if you want to know more about it’s association with Hitler’s birthday and Russian Skinheads and Neo-Nazism you can click here and here and here. I dun want to make my blog boring.

Aku nak duduk diam-diam di dalam hostel dan enjoy my ‘holiday’…

Volgograd’s Malaysian Intervarsity Games.

Bertolak dari sini pagi 23hbln.. sebenarnya aku sangat risau sebab aku dah dan akan tinggal byk kelas. 1) last friday for the stupid physical examination thingy. 2) today – Hitler’s birthday. 3) tomorrow – as dean ordered after sum stupid students today got bashed coz he went out (padan muke! xdengar kate!!) 4-5) Volgo games.

walaupun sume hari yg aku xdtg pun dah mendapat kebenaran drp dean office, tp aku risau sgt. aku boleh garenti cikgu surgery aku yg bajet-hansem-padahal-tak, Mr Goldenberg, bakal benci dan menyampah ngan aku sebab aku ponteng separuh dari kelas dia.

Aku sangat neves dan stress sbnrnya bila fikir pasal Volgo games. Aku rasa aku dah cacat. Harap2 aku boleh main dengan hebat. lol.

Ticket balik Malaysia

Dah booked. naek Emirates Airlines. Tapi entah nape aku rasa macam tak berperasaan je… Arghh… fikir exam dulu!

Rokok-rokok

April 10, 2009

di nizhny ni, aku duduk di kelilingi oleh perokok-perokok tegar. honestly, aku benci perokok. tapi nak buat macam mana, mereka ni je la yang fun dan best nak duduk sekali.

bukak-bukak mata lihat dunia, aku dah tengok bapak aku merokok. bila sudah besar, aku tahu keburukan merokok. jadi aku tak suka orang yang merokok. tapi bila berkawan, boleh kata semua kawan-kawan lelaki aku yang aku kenal dari form 1 sampai yang aku kenal kat sini merokok. aku ni subconsciously suka ke orang merokok? tak kot… mereka cool, dan really nice to be around with. selain dari tabiat merokok mereka ini, aku memang senang duduk ngan mereka. macam ada chemistry.

masa form1, aku memang kawan ngan lelaki je mostly. adalah 3-4 orang yang sudah start merokok masa itu. tiap-tiap hari aku jalan-jalan naek basikal, kadang-kadang aku terserempak dengan kawan-kawan lelaki aku. aku borak-borak kejap ngan mereka. dan selalunya bila aku nak balik, ada je yang akan cakap, “dayang, nak 20sen!” aku dah agak dah dia nak beli sebatang rokok, aku pun bagila 20sen kat dia. bila dia sudah buat muka hepi aku cakap, “kalo ko beli rokok, tak halal taw!” dan aku mmg puas ati bila tgk muka diorg yg terus ‘down’.

aku suka kawan-kawan sekolah aku, sebab mereka tak rokok kat depan aku. bila tengah lepak sama-sama, kalau mereka tiba-tiba mintak diri jap, comfirm mereka hendak berasap. bila balik bau macam asap rokok campur ngan gula-gula hacks.

bila aku masuk sekolah asrama penuh, matrik dan KUTPM, aku sudah jauh dari orang-orang yang merokok kat depan aku. tapi tak lama. bila aku sampai sini, asap rokok macam sudah jadi macam perfume. aku memang benci bila badan bau rokok lepas lepak ngan kekasih dan kawan-kawan.

At least kekasih tak akan merokok bila aku ada di bilik dia. tapi bila pedal sudah bangun atau kawan-kawan lain sudah lepak bilik dia, diapun tidak boleh nak cakap apa. aku sedih.

kawan-kawan aku kat sini tak sama macam kawan-kawan aku kat sekolah sebab mereka ni memang tak segan silu nak merokok kat depan aku. aku boleh je lari balik bilik masa mereka merokok, tapi aku suka lepak ngan mereka, especially kalau masa tu ada match bola kat tv. jadi apa yang aku buat adalah; aku cover muka dengan bantal @ comforter @ apa-apalah yang boleh filter asap rokok tu dari udara yang aku inhaled. ada yang cian kat aku pegi bukak kipas dan pintu nak bagi udara bergerak sambil kata, “eh, nanti mati anak dara orang ni.”

aku selalu bebel dan marah kawan-kawan aku dan sentiasa nasihat mereka agar henti rokok. dah la nak jadi doktor semuanya. mereka ni dah immune dah agaknya dengan nasihat aku. kalau aku start nak cakap, dah buat muka. pastu bagi gelaran ‘Guru Besar’  kat aku coz slalu marah orang merokok. mereka ni tak sedar ke yang selain sayangkan kesihatan aku, AKU SAYANGKAN MEREKA juga.

cakap sana, cakap sini~

April 3, 2009

Cycle

aku sekarang tengah cycle break!! yeah!! cuti lebih kurang 11 hari.. ni baru 2 hari cuti aku sudah tak tau nak buat apa… aku cadang nak buat projek pharmacology aku, tapi entah la, aku tak sentuh pun lagi.. aku juga kena study untuk surgery sebab cycle lepas ini surgery dan aku cadang mahu awalkan exam surgery.. tapi bahan-bahan study belum sampai kat aku lagi la.. sebab tukang photostatnya duduk di hostel lain, jadi bila sudah cuti, masing-masing tak mahu keluar bilik…

Futsal

well, i finally joined the team after being dormant for almost 3 years.. hurm.. baru ada rasa puas sebab akhirnya aku join juga…tapi takut jugak sebab tahun ni memang mostly muka-muka baru yg tak pernah ada experience main utk wakil universiti… tahun lepas aku ingin main tapi tak jadi sebab tak ada orang mau teman, tak mahu pergi training sorang-sorang je bersama budak batch lain yang aku tidak familiar sangat… dari 1st year aku ajak anna main ngan aku tapi dia taknak, akhirnya thn ni dia nak jugak. lagi best sebab dyana n zahed pon join sama.. aku pun suka hati..

Good luck for Volgo Games!!

Weather

merungut pasal weather, memang tak baik, sebab seolah-olah macam merungut pasal apa yang Tuhan bagi kita, tapi hari ini sudah 3 april, tapi salji macam tidak mahu cair… nasib baik hari ini cuaca elok je.. semalam angin kuat dan snow turun besar-besar… di tempat 4 musim lain orang sudah boleh pakai spring dress tapi di sini kami masih pakai winter coat tebal… harap-harap lepas hari ini, cuaca jadi panas..

Elektrik

semalam dari pukul 10lebih pagi sampai pukul 1pagi ini kawasan medical academy ini tiada bekalan elektrik.. memang sangat seksa sebab dekat sini boleh kata elektriklah segala-galanya.. bila elektrik tiada, kami kegelapan, kami kelaparan; tidak boleh masak sebab sini hanya guna elektrik stoves, kami tidak boleh belajar sebab gelap, kami kesejukan sebab heater pun guna elektrik, kami kebosanan sebab semua entertainment seperti internet, TV, etc memerlukan elektrik. ramai orang keluar dari hostel makan kat luar, ramai jugak pegi order pizza. ketiadaan electrik memang sangat menyusahkan!!

Summer practical

Belum tahu lagi boleh buat di malaysia atau wajib buat di sini~ BODOH!!! MMC dengan dean office memang sangat suka menyusahkan orang!  masalah  utama aku,  tidak boleh beli ticket balik malaysia lagi. dan summer practical di sini bagi aku sangat dan sungguh tidak relevan. sebab sini ada masalah bahasa yang sangat melampau, hospital dia sangat takbest tak macam kat malaysia, dan jarang boleh buat apa-apa pun!! dan, fikirlah balik, macam mana diorang mahu campak hampir 60 orang 3rd year malaysian students di hospital GUVD yang kecik dengan koridornya yang amat claustrophobic tu?? bila gabung 2 kelas(12orang) masa cycle internal medicine pun dah macam tak cukup ruang.. belum cakap pasal budak-budak year lain di hospital lain.

lagi pun sudah ada extra practical buat di hospital2 kat sini, tak payah la nak buat summer practical kat sini dah!! balik malaysia la weh!! kita nak kerja kat malaysia, bukan kat russia!! kat hospital malaysia, boelh buat macam-macam!! sapa kata kat msia doktor dia tak bagi buat apa-apa kalau ikut pengalaman diorang, aku suggest diorang tukar buat kat hospital lain. sebab masa aku buat nursing dulu, aku exposed dengan banyak benda..

argh.. bedebah betol la MMC dan dean office ni!! kununnya MMC cakap kalau tak buat dekat summer practical kat russia kita sangat rugi, aku suggest orang-orang MMC sendiri la try  buat practical kat sini..baru mereka tau. masa cycle pun sentiasa pegi hospital kat russia, aku rasa, masa summer tak perlu dah nak jejak kaki kat situ lagi…

eh, teremo plak. loL~