Nama aku dalam IC, Dayang Haniffa binti Abang Hashim. Anak kedua dari 6 adik beradik. Ada seorang abang, dua orang adik pompuan, dua orang adik laki. Sekarang ni tinggal kat sebuah hostel kat Nizhny Novgorod, Russia.
Aku selalu naek plane. Setiap tahun aku balik Malaysia bila cuti musim panas. Aku suka berenang dalam laut, sungai dan swimming pool walaupun aku tak berapa pandai. Dalam kelas aku selalu mengantok, dan kadang-kadang tido. Aku pernah patahkan hati orang dengan tak sengaja. dan aku pernah jatuh dari kerusi sekali dua.
Aku suka shopping kalau aku berduit. Aku mampu duduk sepanjang malam tunggu orang call kalau dia janji nak call. kalau ada email yang best, aku savekan. Aku rasa bilik aku best. Aku penah kena demam campak masa aku dalam kem Program Khidmat Negara (PKN). Aku tak percaya dengan cinta pandang pertama. Aku suka picnic!
Aku pernah kiss beberapa orang yang bermakna dalam hidup aku tak kira la laki ke pompuan. Tiap kali cuaca berubah aku akan jatuh demam. Tiap kali nak period atau sedang period aku dilanda senggugut, sakit belakang dan migrain. Aku masih lagi in contact dengan ex aku walaupun sangat jarang. Aku rindu keluarga aku. Alhamdulillah, so far aku tak pernah lagi sangat2 benci kat orang. Aku tak berapa suka tulisan tangan aku, jadi aku suka menaip. Sebulan sekali, bila masa itu datang, aku akan catkan kuku aku kaler pale pink. Aku rasa aku agak friendly kat orang yang aku tak berapa kenal. Tapi kalau kenal baik aku jadi super friendly. Aku ada bela hamster, sekarang ada dua ekor.

Aku tidak tidur kalau TV still on. Aku akan tutupkan dan masuk bilik kalau aku mengantok, kecuali kalau aku amat penat. Aku rasa aku boleh handle perkara sebenar walaupun kadang2 agak lambat. Aku rasa aku makan makanan yang berkhasiat. Aku masih ada gambar masa aku dangan ex aku tapi aku tak tengok lama dah. Aku rapat dengan kedua2 parents aku!
Aku boleh jadi sangat jujur sampai boleh sakitkan hati orang. Kalau aku ada masalah, aku akan jumpa kekasih. Ini kekasih. Sayang dia sangat.

Kadang2 aku suka buat bising. Kadang2 aku dok diam aja. Aku rasa aku ni confident orangnya tapi ntah la. Aku sangaT suka kaler piNK. Aku rasa orang mesti pelik tengok gambar aku kat dalam internet kejap bertudung, kejap tak. Aku memang macamtu. Tapi bila keluar dari rumah aku sentiasa bertudung walaupun ada exception di sesetengah tempat.
10 tahun dahulu aku;
1) panjat-panjat pokok!
2) masuk keluar hutan tepi sekolah aku!
3) duduk dalam rumah quarters guru besar kat dalam sekolah tengah hutan!
4) kawan dengan lelaki..and buat benda2 yg lelaki buat!
5) slalu gaduh ngn abang!
5 benda aku akan buat jika aku billionaire;
1) buat rumah mcm celebrities kat hollywood tuh!
2) beli byk keta wat koleksi..simpan dekat parking lot bwh tanah rumah aku.
3) pastikan bintangor menjadi sebuah bandar yang maju!
4) sponsor wat jambatan hubungkan sarawak n semenanjung mesia!
5) hidup hepi bersama keluarga dan orang2 sekeliling!



November 29, 2008 at 4:17 am
akum…saya saadi bin hamid dari kampung tekajong gembira kerana adanya anak orang kampung tekajong di russia…tahniah..satu kebanggaan untuk kampung tekajong…semoga anak- anak kampung tekajong menjadikan saudari sebagai idola mereka…sekian ..
Mac 12, 2009 at 12:09 pm
semoga korang berdua pasangan yang akan sampai ke jinjang pelamin.. Aminnn. ak doakan. salm perkenalan.
April 11, 2009 at 6:57 am
assalamualaykum coconotty,boleh cerita sikit ttg apa yg boleh dibawa keRusia,spt makanan ect…insyaallah anak Mak Teh akan kesana Sept nanti.please ya…Mak Teh akan bookmark blog ni so boleh dtg lagi.searched high and low for blogs student disana.terstumbled your blog.thanking you in advance.salam,take good care of yourself.bye.
Jun 9, 2009 at 9:35 am
or…visit the following website.
http://saribas.co.cc/
http://www.pusaonline.co.cc/
aqasha04
Oktober 27, 2009 at 11:00 am
hahaha…hello babe
ur life sounds great!!!